Tuesday, 28 April 2015

BM ep 7 : Kek Marble



ni Kek Marble resepi untuk APRIL nih...hehee..
anak buah sebelah suami nak datang..dia orang lepas kawen kigho-kigho "menyalang" la nih.

isshhh..tak dapat masak


ni lah hasil yang tak seberapa.."Pengacau" ada..


dah masak..baunya wangi..kali ni guna Breadmaker di bakar selama 40 minit sdengan kadar 160 darjah rasanya, lupa plk..kalo guna Pressure cooker pun buley tapi tak guna sebab bubur Ilmy dok dalam tuh..malas nak angkat-angkat..

Resepi untuk Si Manja


sangat berguna pada parents baru seperti aku la..(semua sumber ni dari internet tak ingat url mana)


Yang ni pun sama...mungkin buley jadi rujukan 

Anakku ep: 6 Hospital Sabak Bernam , Sabak Bernam




Februari 2015 Ilmi di masukkan ke wad kanak-kanak di Hospital Sabak Bernam, Sabak Bernam.
Ilmi kena cirit-birit akibat keracunan makanan..Lembik badannya sebab dah kehilangan cecair dalam badan..Buang air besar pun cair cam air.. tambah pulak demam lagi.. Sian anak mak!..sedey.

Keletihan masuk air dan lepas makan ubat..

tengok banyak darah Ilmi keluar sebelum tu jarum kat tangan kiri tapi tercabut tukar kanan pulak..Menangis-nangis Ilmi. kene bagi air dan makan supaya bertenaga.. 
"Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik kepada anakku,lindungi anakku dari malapetaka & azab api neraka ,jadikannya anak yang solehah, rajin solat, taat kepada ibubapanya dan berjaya dunia akhirat..Aminn...


Masih boleh tersenyum, semangat yang kuat..Beransur pulih dengan berkat doa mak dan abah serta keluarga kepada Allah dan bantuan dari doktor serta jururawat bertugas di wad kanak-kanak di Hospital Sabak Bernam..Jutaan terima kasih !!!



Sekadar perkongsian sebab ni pun dapat dari internet..semoga berguna kepada diri dan semua yang tengok blog nih..




Lagu Untuk Anakku 
from:  Mak & Abah 
(Nyanyian Dato M Daud Kilau)

Kini Aku gembira 
yang ku tunggulah tiba
Anakkku lahir sudah
Hai Anakku yang pertama
Sungguh cantik rupanya
Lirik wajah ibunya
Betapa Bahagia hai dengan kehadirannya
Kau ku jadikan raja di dalam rumahtangga
Ku curahkan semua hanya untukmu sayang
Buah hati wahai permata besarlah kau segera
Anakku Yang Pertama
Riang tiada terkira hapus segala duka
Bila ku memandangnnya Hai anakku yang pertama
Kini aku gembira yang ku tunggulah tiba
Anakku lahir sudah
Hai anakku yang pertama
Kau ku jadikan raja di dalam rumahtangga
Ku curahkan semua hanya untukmu sayang
Buah hati wahai permata besarlah kau segera
Anakku yang pertama
Oh...anakku yang pertama

p/s: lagu nih suami yang bagi tau masa anak lahir sebab aku pun tak tau, lagu lama


Cuti-Cuti 2015



Assalamualaikum!! Ya Allah lama sangat tak update blog nih...Januari 2015 punye..
hehehe ibu preggy tak larat sebenaqnya...hujung tahun 2014 tak cuti akhirnya cuti awal tahun..
Time ni pegi Johor Bahru bermalam kat rumah anak sedara besoknya usai minum pagi teruskan perjalanan ke POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN..malam tu gerak dari Seremban gi JB hujan lebat jadi kami sekeluarga slow je.  Al-maklum lah kete banyak jalan pun tak bagus.

tengok!! si kecik ni sibuk nak bergambar jugak jadi Co-Pilot Abahnya sepanjang perjalanan.ronda-ronda dulu sebelum pegi Pasir Gudang..pegi tengok kakaknye yang baru start study kat sana..Sambil tu amek kesempatan jumpa kawan lama kat tempat keje lama..TQ Zamila,Ima & kawan sudi tunggu walaupun petang tu hari gerimis..Gerimis Mengundang. Dapat gak jumpa lepas beberapa tahun..


Ni lepas balik dari Pasir Gudang kami terus balik kampung kat Sungai Besar..Ni la keadaan depan rumah kampung bila bangun keesokan paginya..Air dah tutup jalan keluar..nasib baik kete tak tenggelam sekali..


Jeng..jeng..jeng...air banyak..masa nih Kelantan masih lagi di landa musibah..ini sedikit sangat berbanding mereka. "Ya Allah ampuni kami,bantulah kami sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri. Selamatkan saudara seISLAM kami di Kelantan dan seluruh pelusuk dunia dari musibah dan kezaliman dari orang-orang kafir. Berilah kami rahmatMu "..



Baju Kurung Raya Cina

Hasil baju kurung untuk adik Hasil baju kurung untuk akak Model menggayakan baju yang diap kain belum siap lagi masa ni...