Agama









"Ya Tuhanku aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang terlaknat, ampunilah kelalaian dan kealpaanku sehingga aku menanyakan sesuatu yang aku tidak mengetahuinya. Ya Tuhanku bila Engkau tidak memberi ampun dan maghfirah serta menurunkan rahmat bagiku, nescaya aku menjadi orang yang rugi."


·         " Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf-saf kami, dan kumpulkan hati-hati kami di atas kecintaan kepada-Mu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, kasihanilah kami Ya Rahiim, mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yg paling mengasihani daripada segala yang mengasihani "



Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika rezeki ini membahagiakan kedua ibubapaku
Kau permudahkanlah bagiku,

Jika rezeki ini membahagiakan isteri/suamiku dan anak-anakku
Kau permudahkan bagiku

Jika rezeki ini melangsaikan hutang piutangku
Kau permudahkanlah bagiku

JIka rezeki ini membuatkan aku lebih beriman & bertaqwa
Kau permudahkan bagiku
**Surah Al-Rad ayat 1-3 untuk perniagaan
**Rahmat Allah Surah Sad ayat 11-13 ttg perniagaan
(Pagi selepasa Subuh,Petang selepas Asar untuk perniagaan)


Ya Allah tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal,imam yang benar,ilmu yang bermanfaat,kesihatan yang elok,kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih dan kejayaan yang besar.
 

No comments:

Post a Comment

Baju Kurung Raya Cina

Hasil baju kurung untuk adik Hasil baju kurung untuk akak Model menggayakan baju yang diap kain belum siap lagi masa ni...