Wednesday 29 October 2014

PC ep 5: Nasi Briyani




Malam ni masak spesel sket..Nasi Biryani ajo..sempena besday Mr. H..
dah tentu guna PC, 6 minit je untuk masak.cepat kan??

Menjadi jugak..


Mr H sebelum tu dah masakkan daging kari..balik keje masuk rumah.. baunyeee  makk oiii..
Dinner malam tadi Nasi Biryani  berlaukkan Kari Daging

Nasi Briyani Ringkas dan mudah untuk di masak.

bezzz...bezzz..abahh masak..hehehehhheeeehh..


Bahan-bahan:

1 kg Beras Basmathi - cuci dan toskan
Rempah Nasi Biryani - Idaman Suri 
3 sudu besar minyak sapi - Cap Ghee
1 biji Tomato di potong dadu
1 batang kayu manis
1 kuntum Bunga Lawang
2 biji Buah Pelaga
2 btg Cengkih
1/2 cawan susu sejat
*3 ulas bawang merah - di kisar halus
*3 ulas bawang putih - di kisar halus
100gm kismis
100gm gajus
*1 kiub ayam Knor * (optional)
Daun ketumbar -segenggam untuk hiasan
Bawang Goreng - segenggam untuk hiasan
Garam secukup rasa
3 1/2 cawan air
1/2 cawan air
1 helai daun pandan -disimpul

Cara-cara :

1. Tekan menu Stir/Fry dan tekan ON untuk panasakan minyak sapi tadi. Tumis bahan yang di kisar atau bertanda *.
2. Masukkan rempah 4 beradik tumis hingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah Biryani Idaman Suri  dan 1/2 cawan air. Kacau  sehingga hampir kering.
3.Kemudian masukkan 3 1/2 cawan air dan kacang gajus seterusnya masukkan beras basmathi tadi.  Tutup periuk dengan betul (Pastikan penutup periuk ditutup rapat dan tombol dalam kedudukan PRESSURE)
4.Tekan OFF dan tukar kepada fungsi "HIGH PRESSURE" dan tekan ON, tekan sehingga nombor 6, kita memasak menggunakan fungsi High Pressure dalam 6 minit iaitu memasak dalam tekanan yang tinggi.
5.Bila angka menunjukkan no: 0 dan bunyi beep...menandakan nasi dah masak
Pusingkan dan angkat sedikit tombol untuk mengeluarkan tekanan udara yang terperangkap
Biarkan sehingga semua tekanan udara dibebaskan.
(jangan cuba-cuba buka penutup kalau tekanan masih ada..)
Selepas semua tekanan udara telah bebas sepenuhnya, buka penutup dan gemburkan nasi kemudian masukkan kacang peas dan kismis.
Tutup periuk semula dan biarkan nasi selama 5-8 minit didalam periuk dalam fungsi WARM/PREHEAT



No comments:

Post a Comment

Baju Kurung Raya Cina

Hasil baju kurung untuk adik Hasil baju kurung untuk akak Model menggayakan baju yang diap kain belum siap lagi masa ni...